3 Langkah Literature Review Menggunakan Atlas

PRAKATA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rakan-rakan penyelidik yang dihormati sekalian, Pertama sekali, saya ucap

Views 189 Downloads 0 File size 1MB

Report DMCA / Copyright

DOWNLOAD FILE

Recommend stories

Citation preview

PRAKATA Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rakan-rakan penyelidik yang dihormati sekalian,

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kerana sudi mendapatkan nota minda siri 1 yang bertajuk: 3 Langkah Literature Review menggunakan ATLAS.ti 7. Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk anda.

Siri nota-nota minda ini ditaja khas oleh Malaysian Postgraduate Workshop Series (MPWS).

Selamat mentelaah!

Ani Munirah Mohamad 14 Ogos 2014 | Jitra, Kedah www.atlastimalaysia.com www.fb.com/atlastimalaysia

© Ani Munirah Mohamad

NOTIS PENTING! Nota minda yang dikongsikan di sini telah disediakan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sungguhpun nasihat dan tips yang diberikan telah banyak membantu saya dalam kajian saya sendiri, saya tidak boleh menjamin ia akan membantu anda dengan sempurna.

Oleh itu, saya berharap anda akan membaca nota minda ini dengan berlapang dada, dengan mempraktik mana-mana tip yang sesuai, dan membuang mana-mana tip yang tidak sesuai.

Sebarang persoalan dan komen, anda boleh hubungi saya secara terus di e-mel: [email protected].

© Ani Munirah Mohamad

LITERATURE REVIEW SECARA UMUM

• Secara umum, hanya terdapat 3 langkah penyediaan literature review dengan menggunakan ATLAS.ti

• Pertama, anda perlu menyediakan literatur terlebih dahulu untuk di-review.

• Kedua, setelah anda menyediakan literatur, sudah tentu anda perlu menghadam literatur tersebut untuk pemahaman dan penyediaan poin-poin penting.

• Ketiga, dengan bantuan perisian magika ATLAS.ti, literatur anda akan tersusun, begitu juga dengan poin-poin penting untuk review. Masa telah tiba untuk anda menulis review untuk poinpoin penting itu tadi.

© Ani Munirah Mohamad

LANGKAH 1: SEDIAKAN LITERATUR

• Dalam menyediakan literatur, anda memerlukan keyword carian yang khusus untuk digunakan dalam enjin carian seperti Google, Google Scholar, dan database carian yang dilanggan oleh institusi anda.

• Di peringkat ini, sedang anda mencari literatur, anda memerlukan bantuan ‘bibliographic reference manager’ seperti EndNote atau Mendeley untuk menguruskan literatur-literatur anda sebentar tadi.

© Ani Munirah Mohamad

• Satu tip yang selalu saya sampaikan di dalam kursus saya, yang saya pelajari daripada tok guru saya, Ustazah Dr. Nadiyah Elias (CAS, UUM Sintok)  menamakan literatur kita di dalam format {Author, Year} untuk disimpan di dalam komputer kita.

• Sebagai contoh, nama-nama literatur kita mungkin ialah: • Brown (2000).pdf • Anonymous (2008).pdf • Ani Munirah & Mohd Zakhiri, (n,d.).txt • Siti Aminah, et. al. (2014).docx

• Rasional kenapa dinamakan sedemikian, ialah untuk memudahkan pengurusan literatur di dalam komputer, dan juga output yang dihasilkan dalam ATLAS.ti lebih mudah difahami sekiranya menggunakan format sedemikian.

• Seterusnya, anda perlu menambahkan literatur-literatur tersebut ke dalam ATLAS.ti dan memilih ruangan ‘My Library’.

• Akhir sekali, kesemua literatur di dalam My Library mungkin bercampur antara satu sama lain. Oleh itu, anda boleh menggunakan fungsi ‘PD Family’ untuk membuat kumpulan dan pengasingan literatur-literatur tersebut berdasarkan karakter atau ciri-ciri yang sama di kalangan literatur tersebut.

• Sebagai contoh, anda boleh hasilkan PD Family mengikut tahun diterbitkan, penerbit, metodologi dan sebagainya.

© Ani Munirah Mohamad

LANGKAH 2: HADAM LITERATUR

• Apabila literatur anda telah dimasukkan ke dalam projek ATLAS.ti, dan dibahagikan mengikut PD Family masing-masing, maka anda bolehlah mula untuk menghadam (membaca dan memahami) literatur anda di dalam ATLAS.ti.

© Ani Munirah Mohamad

• Dua fungsi utama yang anda akan gunakan di dalam ATLAS.ti untuk langkah ini ialah ‘Codes’ dan ‘Memos’

• Codes terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

• Deduktif – ialah bilamana anda telah mempunyai rangka penulisan untuk literature review anda ketika membaca literatur tersebut, apakah konsep-konsep yang anda fokus untuk penulisan, maka anda akan membuat pengekodan secara deduktif

• Induktif – ialah bilamana anda tidak mempunyai konsep tertentu di dalam rangka penulisan, atau anda tidak mempunyai rangka penulisan sebelum menghadam literatur anda, maka anda akan membuat pengekodan secara induktif

• Auto-code – ialah bilamana anda ingin mencari frekuensi sesuatu perkataan, terma atau frasa daripada literatur anda, dan anda memberikan arahan kepada ATLAS.ti untuk mengira frekuensi tersebut, dan menunjukkan kepada anda di tempat mana perkataan, terma atau frasa tersebut muncul

• Manakala Memos pula terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:

• Free (bebas) – ialah memo atau nota kecil yang tidak terikat dengan mana-mana bahagian literatur anda, namun ia adalah peting dan merupakan sebahagian daripada literatur review anda

• Linked (bersambung) – ialah memo yang terikat atau bersambung dengan mana-mana bahagian literatur anda, seperti dokumen literatur itu sendiri, atau ayat-ayat di dalam literatur anda, atau kod dan sebagainya.

© Ani Munirah Mohamad

LANGKAH 3: MENYEDIAKAN LITERATURE REVIEW

• Setelah anda menghadam literatur tersebut, anda boleh menyerahkan kepada perisian magika ATLAS.ti untuk menghasilkan output daripada apa yang telah anda hasilkan di Langkah 2 sebelum ini.

© Ani Munirah Mohamad

• AWAS! Output daripada ATLAS.ti bukanlah produk akhir literature review anda! Output cuma panduan untuk menghasilkan literature review!

• Ada pengguna ATLAS.ti yang menyangka output itu adalah literature review. Pendapat ini salah, kerana output ATLAS.ti hanyalah ekstrak ayat atau terma yang telah anda lakukan pengekodan ke atasnya di Langkah 2 sebelum ini.

• Output cuma kompilasi ayat atau terma tersebut, dan bukanlah produk akhir literature review yang anda boleh format dan hasilkan perenggan untuk dihantar kepada supervisor anda! Anda masih perlu lakukan synthesis, paraphrasing dan critically review output tersebut sebelum ia layak dipanggil literature review! 

• Terdapat 3 jenis output yang boleh dihasilkan oleh ATLAS.ti, iaitu:

• Tekstual – output di dalam bentuk teks di dalam format Rich Text (rtf), dan boleh diubah dan dipinda untuk pemahaman seterusnya

• Visual – output di dalam bentuk gambar di dalam format Portable Network Graphic (png), ia tidak boleh dipinda apabila dihasilkan

• Numerikal – output di dalam bentuk nombor di dalam format Excel (xls) untuk menunjukkan frekuensi pertembungan kod dengan literatur di dalam projek ATLAS.ti anda

© Ani Munirah Mohamad

PENUTUP • Di dalam nota minda ini, anda telah didedahkan dengan 3 langkah mudah bagaimana untuk menyediakan literature review kajian anda dengan menggunakan perisian magika ATLAS.ti 7.

• 3 langkah tersebut ialah: menyediakan literatur, menghadam literatur dan menyediakan literature review

• Ada sebarang persoalan atau komen?

• E-mel saya di: [email protected]

• Jom join kumpulan tertutup di FB

• https://www.facebook.com/groups/atlastiresearchers/

• Mahukan info lanjut? Jom join kursus-kursus ATLAS.ti anjuran Malaysian Postgraduate Workshop Series (MPWS)

• http://www.postgraduateworkshop.com/atlas.ti • http://postgraduateworkshop.com/lratlas.ti • http://postgraduateworkshop.com/lratlas.timalaysia • http://postgraduateworkshop.com/atlas.ti.DrOT

© Ani Munirah Mohamad